Salam apa khabar rakan-rakan sekelian..lama betul tak menulis sejak raya lepas sampai raya korban ini baru ada masa sikit..ini bukan apa cuma sibuk sangat dengan penubuhan syarikat baru,yang lebih menjurus ke KITCHEN CABINET.
baru-baru ini saya baru je mulakan perniagaan dalam pembuatan kabinet dapur dan almari lekap ( Built In Cabinet)dan sekarang saya sudah buka satu bilik pameran(showhouse)di danau kota,setapak..dan lima(5) lagi bakal menyusul dalam kontek membangunkan usahawan pembuatan perabot besama-sama FITEC.
banyak peluang saya sediakan untuk rakan-rakan luar saya yang ingin turut serta dalam program saya ini..lebih ramai lagi bagus...tak kita yang ada kilang atau yang hanya berminat nak buka kedai je pun boleh..modal tak banyak sangat..tapi peluangnya luas..
dengan di namakan DAPURIA bakal mengegarkan industri kabinet dapur tak lama lagi..saya sudah mula mempromosikan DAPURIA di akhbar metro secara berperingkat dalam iklan-iklan metro..
untuk maklumat atau tempahan boleh hubungi saya di DAPURIA 03-4142 5202 atau 019 242 9020
sekian
Sunday, December 7, 2008
Friday, October 3, 2008
lebaran datang lagi

SELAMAT HARI RAYA
ALLAHUAKBAR!!!
Syawal datang lagi,bulan penuh keberkatan,mudah mudahan barakah ini berterusan untuk kita dan keluarga kita serta seluruh umat islam.
ampun dan maaf atas kesilapa saya sepanjang berbolg ini,mudah mudahan kemaafan ini disambut dengan kemaafan dari ALLAH semoga kita tetap dalam rahmatnya didunia dan akhirat.AMINNNNNN...
lebih sebulan saya tidak menulis,bukan sibuk pun cuma nak tumpukan perhatian dalam bulan ramadhan nak kurangkan dosa...sepanjang bulan ramadhan saya banyak habiskan masa menyusun langkah2 yg bakal diambil lepas raya ini..utk makluman semua syarikat saya bakal jalinkan usahasama dengan FITEC dalam bidang pembuatan "kitchen cabinet dan wordrobe".saya akan menyalurkan sebahagian kerja2 cabinet yg saya perolehi kepada usahawan bumiputra melalui FITEC...jadi sape-sape yg agak-agak nak joint bolehlah berdaftar dgn FITEC(MARA)..di jangkakan 11/10/08 ini akan dianjurkan majlis tandatangan MoU yg bakal di saksikan oleh menteri pembangunan usahawan...
rangkaian kerjasama ini bakal melibatkan agensi bawah MECD nanti...jadi jangan lepaskan peluang..daftarlah sebagai usahawan FITEC di gombak tu...
sekian
p/s:baju raya tempah last minit tu yg tak sama tu...hahahaha padan muka
Sunday, August 31, 2008
Salam Merdeka & Ramadhan
MERDAKA!MERDEKA!MERDEKA!,Laungan keramat yg mampu mengegarkan dunia...menzahirkan hak kita,tetapi bolehkah ini kekal lama...melihat senario negara yg diasak di segenap ruang,ekonomi tidak seranjak dulu,politik negara berombak tidak pasti bila akan reda..akhlak sudah mula terhakis...benarkah kita benar-benar merdeka!..Merdeka dengan erti yang sebenar,yang berkuasa membantu yang lemah,yang kaya bantu yang miskin,yang pandai tolong yang bodoh,yang sihat tolong yang sakit...
Semagat ini bagaikan sudah hilang dari manusia...kita yang islam ini pun tidak mengamalkan semangat tolong-menolong ini,ketamakan,dengki,kianat,angkuh sudah begitu sebati dengan diri kita agaknya..
marilah kita membersihkan hati kita pada bulan ramadhan ini agar sifat-sifat keji ini keluar dari kehidupan kita...

Thursday, August 14, 2008
salam semua,saya paparkan beberapa image gambar semasa lawatan saya ke milan,italy.boleh saya katakan lawatan ini membuka mata...banyak yang saya belajar dalam lawatan ini...saya melawat hampir 10 kilang di sekitar italy dari vanezzia ke montegrappa,lizzola,lissone ke coimo dan banyak lg...ada juga antara rakan2 yg saya temui di sana buat lawatan balas ke negara kita...

saya mendengar penerangan dari Doris Doimo(President of Doimo Group)syarikat ini mempunyai 28 anak syarikat dan telah membuat kunjungan balas ke kilang dan showroom saya baru-baru ini.

saya bersama Roberto Pozzoli M.D of JP concept italy,saya dalam rangka menjalinkan kerjasama strategik dengan beliau.beliau juga sudah membuat kunjungan balas ke kilang dan showroom saya,beliau amat teruja dgn putrajaya...

rakan dari korea yg sama2 sesat di kota milano..hahahaa..pasal dialah kita orang sesat over confident sangat..tak pasal-pasal kene belanje makan..
inshALLAH saya akan paparkan beberapa image lagi semasa saya ke khartoum,sudan
sekian.

Monday, August 11, 2008
seminar MIDA..

Salam saudara/i
Agak lama juga saya tidak menulis dlm blog ini..maaflah agak sibuk sikit dengan urusan perniagaan saya...banyak sangat nak cerita sebenarnya,tapi takpe saya akan cerita satu-satu nanti ye...
hari ini saya di jemput hadir utk mendengar taklimat perniagaan g dianjurkan oleh MIDA.taklimat ini lebih kepada pembentangan kertas kerja oleh deligasi dari egypt,zambia,swaziland dan rwanda..mereka cuba menarik minat para usahawan tempatan utk melabur serta meneroka peluang di negara mereka.majlis ini dirasmikan oleh tan sri muhyiddin tidak ketinggal juga menteri pelaburan egypt H.E Dr mahmoud mohieldin..
satu "Business Talk" yg saya kira amat baik....pertemuan antara trade leader mereka amat bagus sekali...saya juga dipelawa ke negara-negara ini utk melihat sendiri bagaimana kita boleh terokai peluang disana..
sekian
Monday, July 21, 2008
dah balik dah!!!!!
apa khabar semua,
senang rasanya dapat pulang ketanahari.tiada tempat yang lebih baik dari rumah sendiri...perjalanan pulang hampir 1 hari amat memenatkan sungguhpun begitu lawatan ini melakar sejarahnya tersendiri.
boleh saya katakan yang keseluruhan lawatan ini amat baik.kami berjaya bawa pulang beberapa kontrak dalam tanggan.peluang amat terbuka di sana,saya gambarkan masa ini adalah masa yang terbaik jika ingin berhijrah kesana.
saudara/i
ramai bangsa lain khususnya dari malaysia telah mulakan gerakan mereka sejak 10 tahun lalu,dan mereka amat senang disana ini diceritakan oleh mereka sendiri,kami berkesempatan berjumpa dengan mereka.mereka juga mengalu-alukan kedatangan kita.
china sudah dominan disini tetapi kalau nak dibandingkan dengan kita senang-senang je kita boleh pukul diaorang ini dari segi kualitilah...diaorang ini pentingkan kuantiti je,dapat je duit balik.takda langsung nak tolong transfer ilmu kat rakyat sudan ini.
sekembalinya saya ketanahair saya akan banyak tumpukan kepada bagaimana ingin terokai peluang-peluang yang ada disana.

Friday, July 18, 2008
salam dari sudan...
assalamualaukum...
maafkan saya kerana tidak dapat memberi laporan lawatan saya di khartoum sudan ini dengan secara terperinci.ini disebabkan jadual yg agak padat dan kepenatan yg mengelubungi membantutkan masa saya..
seperti yg saya laporkan sebelum ini beitu banyak peluang yg boleh direbut disini asal saja berurusan dengan orang yg betul...orang-orang sudan asasnya amat mengagumi rakyat malaysia khususnya melayu islam,mereka begitu teruja dan senang sekali bila mana mereka diberi tahu yg kita dari malaysia...terima kasih kepada mantan perdana menteri kita kerana tun mahathir pada mereka merupakan pemimpin muslim yg hebat..
tidak kurang juga dalam lawatan ini banyak menginsafkan saya,betapa bertuahnya kita rakyat malaysia yg telah disediakan dgn perbagai kemudahan.kalau nak dibandingkan mereka dgn kita amatlah jauh berbada...saya berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana sebahagian penduduk mereka yg tinggal dirumah kos rendah..DAIF!! itu yang boleh saya katakan..rumah kos rendah kita boleh di kata selesa jugaklah kalau nak dibandingkan dengan mereka.saya amat kagum dengan kesungguhan mereka mengerjakan tanah gurun bertukar kepada kawasan pertanian...ditanahair tanah yg begitu subur tidak kerjakan,orang kita lebih byk merunggut itu dan ini,banyak cakap,kerja tak nak buat...lebih suka buat pendekatan tunggu dan lihat.bila ada bangsa sendiri gagal di ketawakan bukan nak dibantu...hentahlah!!!? apalah nak jadi dgn bangsa kita..
bilalah masanya kita boleh bersatu....bersatu banggunkan anak bangsa...bersatu majukan negara....bersatu mengangkat kemuliaan agama...kita harus kembali pada islam..renungkan kembali bagaimana bangsa ini jadi bangsa bermaruah...pengorbanan,susah payah mereka orang terdahulu harus dijadikan rujukan..bukan dgn berpolitik tak habis2...anak bangsa mati terlanjang pun tak tahu sebab sibuk dok politik je..."BANGGUNLAH BANGSA KU,BANGGUN DEMI GENERASI AKAN DATANG".

Monday, July 14, 2008
SUDAN-hari 1 & 2...
salam saudara/i
hari pertama agak memenatkan,masih cuba menyasuaikan diri dengan kepanasan yg agak melampau di sini...saya serta rakan-rakan usahawan lain sudah diatur dengan perbagai mesyuarat dan perjumpaan...mesyuarat pertama deligasi malaysia dengan "ministry of guidence and awgaf.perbincangan dengan tuan mohieldeen ali m.abdalla (director general)lebih kepada merapatkan kerjasama antara kami dan mereka.kementerian ini samalah lebih kurang pusat zakat kita.tapi mereka ini banyak dipertanggunjawabkan untuk membangunkan tanah-tanah milik kerajaan untuk rakyat mereka..dari maklumat yg diberikan oleh beliau mereka ini perlukan sangat kepakaran dari kita.memandangkan kita dari negara islam jadi mereka lebih selesa berkerja dengan kita.
suka juga saya maklumkan kepada rakan-rakan mereka sememangnya menantikan rombongan dari malaysia sama ada usahawan atau golongan profesional...begitu banyak maklumat tentang sudan diterangkan oleh tuan mohieldeen..mereka ini merupakan sebuah negara yang sedang berkembang dan banyak sekali peluang terbuka luas untuk usahawan kita..tak kira apa bidang pun automotif,construction,services,aducation dll.
sejurus sesi penerangan selesai mereka bawa kami ke beberapa tapak cadangan pembangunan..saya akan kongsi gambar dari lawatan ini sekembalinya saya ke malaysia..ada masalah sikit nak download...antara cadangan pembangunan mereka adalah hotel dan bangunan komesial.lawatan tapak ini membawa ke hujung petang.
sebelah malamnya kami dijamu dengan "KAMBING GOLEK" peh!!!sedap gila...makan sampai muntahlah...
HARI KEDUA..
mesyuarat dengan 'NATIONAL OF HOUSING CORPORATION" syarikat milik penuh kerajaan.mereka ini dalam rangka membangunkan 10,000 unit rumah kos rendah dan sederhana untuk angota tentera dan polis dengan mengunakan pendekatan sewabeli.unit-unit ini akan dibina disekitar khartoum...mereka buka peluang kepada kami untuk turut serta dalam projek ini.. bak kata perpatah melayu rezeki jangan tolak..dengan pantas MOU di draf dan dijanka esok akan ditandatangani..satu lawatan yang dikira baik untuk usahawan kita..satu petang rakan engineer,akitek dan q.s kita berbincang dengan team mereka...doa-doalah projek ini jalan..
sebelah malam kita di raikan oleh ministry of defense..wah meriah betul..sunguh2 mereka jamu kami..sempat jugalah kita godek info projek yang mereka ada..memang banyak peluang yg mereka ada..contoh automotif..kereta disini kalau kemek ke lampu tercabut ke excident ke rosak ke..boleh dikatakan hampir tidak ada tempat nak repair...institusi kemahiran pun takada..byk pengangguran kat sini..ramai budak2 diorang jual barang tepi jalan macam kat indon tu..bila kerata berhenti je diorang menjual dari kereta ke kereta...
kita ini sebenarnya patut bersyukur yang amat sangat.kerana adanya dasar kerajaan membantu bumiputra...kalau tuan2 dapat lihat apa yang saya lihat kat sini pasti anda semua akan rasa syukur yg amat sangat...
saya akan cuba terus berikan maklumat untuk rakan2 jika rakan2 ada soalan utk saya...silakan...saya akan cuba jawab..atau ada sebarang kemuskilan...

Friday, July 11, 2008
salam dari sudan...
salam saudara/i.
ketika ini saya dalam perjalanan ke sudan dalam rangka lawatan perniagaan bersama 11 usahawan yang lain,lawatan ini adalah bertujuan untuk mencari dan mencadangankan peluang-peluang perniagaan.saya akan berjumpa dengan usahawan tempatan dan tidak ketinggalan bertemu beberapa orang-orang menteri mereka..
saya akan cuba memberi laporan serta mendedahkan perkembangan,hasil dari penemuan itu..saya rasa ini antara jalan yang baik untuk usahawan tanahair mendapat gambaran terperinci senario market disini...doakan saya supaya saya lawatan ini dapat memberi menafaat kepada kita semua..
sekian,

Wednesday, June 18, 2008
salam saudara/i yg dihormati sekalian,semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas semua usahawan..
saya merenung jauh mengenangkan suasa pasaran sekarang yg bagai tidak bermaya,muram condong menanti rebah...senario ini amat membimbangkan saya,manakan tidak rata-rata usahawan yg saya kenali sudah hampir 7 bulan tidak dapat sebarang kerja baik dari sektor perkhidmatan hingga kepada sektor pembuatan.faktor minyak ini begitu kuat hinggakan bisa merudumkan suasana pasaran...atau itu sekadar kesan sampingan dari ekonomi negara yg memang sudah tidak di selia dgn baik...
saya jangkakan yg dlm 3 bulan akan datang tahap penganguran akan meningkat dengan tinggi sekali ada yang menjangkakan yg keadaan kali ini lebih teruk daripada krisis ekonomi pada tahun 1997.banyak syarikat-syarikat sudah menghitung hari,berapa lama mereka boleh bertahan...saya bimbang usahawan bumiputra yg dulu akan mendahului senarai "bankrup"...apa yg telah terjadi dengan langkah2 yg diatur oleh kerajaan selama ini...saya menyeru kepada kerajaan tolong buat tindakan dgn cepat,buat keputusan dgn bijak.jangan sampai tengelam mati semua usahawan baru nak buat "plan".
saya utarakan kebimbangan saya kepada dato' noh menteri usahawan dan koperasi baru2 ini tentang pendirian dan plan tindakan yg bakal diambil oleh Yb Dato' menteri bersabit permasalahan ini...saudara/i boleh layari ke blog dato' noh utk membacanya sendiri.persoalan timpul bila usahawan sukar mendapatkan kontrak dan kita tahu rata2 rakan2 usahawan kita meraihnya dari agensi kerajaan.saya diberi tahu bahawa kerajaan sudah keluarka arahan bahawa semua bajet telah dibekukan...saya berpendapat arahan ini akhirnya akan menyumbang kepada tekanan ekonomi kepada usahawan bumiputra...saya harap arahan ini dapat di tarik balik seberapa segera..
harapkan saya agar pemimpin kita dapat pulihkan suasana ekonomi kita dgn segera...

Friday, June 13, 2008
PENDIRIAN SAYA...
salam saudara/i,semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas semua rakyat malaysia khususnya para usahawan bumiputra...
Dalam seminggu ini jadaul saya agak padat dengan membuat kunjungan ke beberapa agensi MECD dalam kerangka mencari fomula utk memajukan syarikat yg saya terajui serta mencari peluang utk usahawan.mungkin ada rakan-rakan tidak tahu apa jenis perniagaan yg saya jalankan..saya merupakan seorang INTERIOR DESIGNER sebenarnya dan memiliki perusahaan pembuatan perabot sendiri(habis cerita).
dalam penemuan saya dengan orang2 besar MECD ini ada yg sama-sama mencari fomula ini tidak kurang juga yg hanya menghitung hari BERSARA...ada juga yg dah janji nak jumpa saya tunggu sampai nak kematu tak datang2...pelik pengarah di MECD sendiri boleh mungkir janji..sampaikan saya sms dan call pun tak angkat...macam mana nak bangunkan usahawan..dah confirm nak jumpa tak datang...malu-malu...
saya pernah nyatakan pendirian saya dahlu dan saya ulangi pendirian saya pegawai2 seperti ini harus dipencenkan segera..kerana adanya orang2 sepeti ini membantutkan pembangunan usahawan kearah cemerlang...
penghargaan saya kepada YB DATO'NOH BIN HJ OMAR...yg bersunguh2 melaksanakan dasar2 kerajaan utk pastikan usahawan khususnya bumiputra berjaya..pujian juga harus diberikan kepada PN SARIMAH MOHD SABUDIN c.e.o F.I.T CENTER SDN BHD (fitec) dalam kesunguhannya dalam menjana pembangunan usahawan pembuatan perabot..usaha dan komitmen beliau harus di sokong oleh setiap warga kerja dan usahawan yg bernaung di bawah fitec..tidak lupa juga pegawai2 di UDA HOLDINGS datuk jafaar hassan,tn radzi,pn nadia dan cik fatimah di uda central,pn hjh kalsom di uda north...rakan2 di bank rakyat tn hj azlan alias,sdr rosmidi ibrahim dan sdr zulfakrozi mohammad dlm membantu saya memberi nasihat dan pandangan...dengan ada pegawai2 seperti ini saya yakin dapat membantu YB DATO'NOH dalam membangunkan usahawan...saya masih ingat komen YB DATO' NOH kepada saya "tiada jalan pintas utk berjaya" tapi saya yakin dgn adanya pegawai2 seperti ini dato' jalan boleh DIPANTASKAN...
tahniah utk semua....

Thursday, June 5, 2008
Kemana sudahnya nasib kita....
pengumuman datuk seri Abdullah Badawi semlm sungguh perit dan sukar di terima...saya terima sms pada pkl 3pm smlm menyatakan tentang kenaikan ini,saya bagaikan terpingga-pingga dlm separuh sedar..betul ke?''takkanlah naik byk sgt'' kata hati saya...tidak lama lepas itu pengumuman ttg kenaikan ini di kaca t.v...HABISLAH....kata saya..
Bagaimana nasib kita semua lepas ini,nasib peniaga kecil,kontraktor bumiputra yg pastinya pembekal akn naikkan harga barang..apa mungkin mereka ini boleh betahan,PM kita suruh kita berhemah dlm bebelanja....dia tahu ke keadaan kita sebenarnya..berapa pendapatan kita,apa tanggungan kita..main sedap cakap je...rebet yg diumumkan jelas sekali tidak byk membantu..lepas ni tarif lektrik akan naik,brg harian,harga makanan,tambang bas sekolah ank pasti melambung,fee pusat jagaan ank dan macam-macam lagilah..
Kemana sudahnya nasib kita usahawan lepas ni...pasti sukar nak dpt kontrak,suasana pasaran pasti makin lembab,kuasa belian akan bekurangan..tekanan dari pemborong dan pembeli pasti menyakitkan usahawan.saya menunggu kenyataan dari YB Dato Noh Omar selaku menteri pembangunan usahawan besabit kenaikan ini.bagaimana langkah yg akan diambil oleh MECD dlm membantu usahawan bumiputra.
Kemana sudahnya kita ni....

Monday, June 2, 2008
Subsidi Petrol
Salam,
masalah kenaikkan harga petrol sudah lama dan sering diperkatakan oleh semua orang tidak kira dimana-mana,isu ini banyak menjadi topik berbualan hangat.banyak cadangan dan langkah sedang dan sudah di ambil oleh kerajaan untuk menampung keperitan rakyat...
di sini saya ingin cadangkan kepada kerajaan satu cara yang saya rasa mampu membantu semua pihak..LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI..ya benar!!! LHDN,INCOME-TAX...LHDN pada hemat saya merupakan agensi kerajaan yang dapat membantu menyelesaikan saluran subsidi ini..bagaimana......
setiap tahun kita bayar income-tax(i-tx),melalui borang-borang ini kerajaan tahu berapa pendapatan kita,berapa besar keluarga,kenderaan,harta!!! dan sebagainya..jadi LHDN akan boleh ketogerikan kita dalam satu-satu klaster dan selepas itu iyakan dimasukkan maklumat ini dalam Mykad kita untuk membolehkan kita mendapat subsidi petrol mengikut klaster kita.macam pakai kad bonuslink collect point tulah..tapi kita guna Mykad...contoh....
ahmad berpendapatan RM 18,000 setahun dan ali RM 30,000 setahun..dua-dua ada 2 orang anak bersekolah dan isteri tidak bekerja.jadi LHDN akan masukan ahmad dlm ketogeri "A" yg membolehkan dia dapat 70% dari keseluruhan subsidi negara dan ali dlm ketogeri "B" dia dapat 50% dari keseluruhan subsidi.lain bagi orang2 yg punya pendapatan 100/300/500 ribu setahun jadi mereka ini MUNGKIN tak dapat subsidi...ini hanyalah pandangan sayasecara kasar..saya tidak layak utk buat kira-kira ini..tapi saya yakin melalui ini kita dapat banyak faedah..
1)Meraka yang berpendapatan rendah akan lebih terjamin takdelah yg kaya makin kaya
2)satu kerugian pada mereka yg tidak membayar income tax.kerana mereka akan membayar harga petrol tinggi sama dengan orang yg tak dapat subsidi.
3)saya yakin pendapatan negara akan lebih tinggi dengan perlaksanaan ini.
4)Ini boleh di kembangkan kepada subsidi2 lain perlaksanaanya..
5)memaksimumkan pengunaan Mykad...
saya begitu sedih bila orang tidak sepatutnya dapat subsidi ini yg sebenarnya menikmatinya..orang yg ada kereta sampai 5-7 buah,rakyat negara asing yg berkunjung ke negara kita dan sebagainya...membuat ramai orang miskin makin susah..

Friday, May 30, 2008
TERIMA KASIH DATO' NOH
kesudian menteri pembangunan usahawan dan koperasi dato' noh bin hj omar menlayari laman bolg ini bagaikan penyuntik semangat dan disanjung tinggi.harapan jaringan ini akan membawa menafaat untuk semua,
kepada usahawan:-dato' noh sudah menunjukan kesungguhan untuk membawa perubahan dalam memastikan segala dasar-dasar pembangunan usahawan dapat dilaksanakan,menjadi tugas kitalah untuk sama-sama merealisasikanya...kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.
BANGUN!!!!USAH BERMIMPI LAGI....MASA UNTUK BERUBAH....!!!!!!!!!

Wednesday, May 28, 2008
BICARA KEDAI KOPI...!
minum secawan duduk sedekad,ramuan yang begitu sebati dalam hidup orang kita.kalau bicara tentang apapun ibarat dewan parlimen suasananya...lucu,kesian bercampur sedih tak kala melihat gelagat orang-orang kita bila perkunjung ke kedai kopi...
saya cuba kaitkan senario ini dengan suasana pembanggunan usahawan,mungkin ramai diantara kita tidak sedar amalan kedai kopi ini sebenarnya begitu besar pengaruhnya..mungkin tidak ramai diantara kita tidak berpeluang untuk hadir dalam forum-forum atau mesyuarat-mesyuarat agensi kerajaan,tetapi itulah kebanyakan yang belaku...senario kedai kopi
berforum...mesyuarat....bagai nak muntah,cukup dengan cadanganya,bangkanganya,keputusan dan sebagainya tapi apa yang dikerjakan jauh panggang dari api...saya berani katakan ini kerana saya sudah lalui,banyak dasar-dasar kerajaan yang sememangnya membantu usahawan tetapi perlaksanaannya begitu menyedihkan...ada diantara mereka lebih kepada tunggu dan lihat tidak mahu turun kepadang.ada juga yang dasar-dasar ini menyuntungkan rakan-rakan sahaja atau ayat yang lebih POPULAR atau ayat yang lebih mudah difahami KRONISME.
KRONISNE yang melampau ini begitu memBUNUH usahawan melayu untuk maju,mereka-mereka ini patutnya tidak diberi peluang langsung untuk mentadbir-urus apatah lagi untuk berkerja dalam agensi yang sepatutnya membantu keusahawan..mereka bukannya tahu pahit jerih usahawan yg memerah keringat untuk mengubah nasib hidup...tambah menyedihkan lagi mereka ini tidak pernah jadi usahawan pun,tapi lagak macam jutawan...
saya menyeru kepada agensi-agensi yang berkaitan pembanggunan usahawan tidak kira di MECD,MITI ataupun diperingkat kementerian manapun laksanakanlah dasar-dasar yang membanggunkan usahawan bumiputra..kalau tidak tuan-tuan yang melaksanakan dasar-dasar ini siapa lagi...penlibatan tuan-tuan dalam membanggunkan usahawan bagaikan tulang belakang kepada badan...tampa tuan-tuan akan lumpuhlah badan...memujur menunggu maut...
fikir-fikirkan lah....

Thursday, May 22, 2008
KURANGNYA IDEA...!!!
SALAM,
banyak pekara yang kita rasa kita hebat atau mampu buat sehinggakan kekadang kita tutup teling dan mata kita untuk mendengar pendapat serta pandagan orang lain,kenapa harus ini berlaku...sudah tidak ada lagikah rasa rendah diri dalam diri kita..hinggakan kita terlalu bongkak dan sombong..
saya sebenarnya ingin menyuarakan rasa sedih dan terkilan yang teramat,.kepada pegawai agensi-agensi MECD yang sepatutnya lebih terbuka untuk mendengar idea serta pandangan usahawan..keterbukaan ini sebenarnya baik untuk kedua belah pihak..
era ini tidak lagi seperti dulu yang sentiasa tertutup dan terlalu berahsia..ini semua membantutkan pembanggunan insan,ledakkan maklumat sentiasa di papar dan di dedahkan dimana-mana...
jangan merasa diri lebih baik dari orang lain...apalah salahnya yang tua berpengalaman bantu yang muda membara... modal insan bahagi pengalaman + semangat x idea - hasad dengki =cemerlang,gemilang,terbilang

Monday, May 19, 2008
salam perkenalan
salam saudara/i
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH kerana dengan limpah kurninya memberikan kekuatan dan keberanian kepada saya untuk menyuarakan pandangan saya melalui blog ini.ruangan ini juga dibuka lebih untuk pembangguanan dan pencetus ilham untuk usahawan juga untuk bakal usahawan...ruangan ini kira saya baik di war-warkan kepada rakan-rakan lain supaya dapat di menafaatkan...pandangan dan idea saudara/i sangat dialu-alukan...tapi janganlah ruangan ini disalah gunakan.
izinkan saya memulakan dengan mengutarakan persoalan "KEMANA ARAHNYA USAHAWAN BUMIPUTRA" ?...adakah kita benar-benar tidak berdaya saing,tidak berdaya tahan,tidak kreatif,tidak rajin,gopoh,malas,usaha sikit nak untung banyak...atau kita TERLAMPAU DI MANJAKAN..hingga serba-serbi perlu dibantu,kurangnya ilmu,kepakaran atau APA?
saudar/i boleh memberi komenta dalam ruangan ini...ini membolehkan kita mencari atau memahami punca masaalah kita.hanya kita saja mampu selesaikan permasaalahan ini...walaupun kita ada menteri usahawan yang saya yakin senangtiasa memerah minda dan tenaga untuk fikirkan jalan terbaik untuk kita tapi beliau pun tidak dapat nak buat apa-apa kalau kita sendiri tidak mahu majukan diri kita sendiri.
ayoh bangun rakan-rakan semua usah bermimpi lagi...jangan sampai kita merempat di tanah sendiri...

Subscribe to:
Posts (Atom)