Friday, July 18, 2008

salam dari sudan...

assalamualaukum...

maafkan saya kerana tidak dapat memberi laporan lawatan saya di khartoum sudan ini dengan secara terperinci.ini disebabkan jadual yg agak padat dan kepenatan yg mengelubungi membantutkan masa saya..

seperti yg saya laporkan sebelum ini beitu banyak peluang yg boleh direbut disini asal saja berurusan dengan orang yg betul...orang-orang sudan asasnya amat mengagumi rakyat malaysia khususnya melayu islam,mereka begitu teruja dan senang sekali bila mana mereka diberi tahu yg kita dari malaysia...terima kasih kepada mantan perdana menteri kita kerana tun mahathir pada mereka merupakan pemimpin muslim yg hebat..

tidak kurang juga dalam lawatan ini banyak menginsafkan saya,betapa bertuahnya kita rakyat malaysia yg telah disediakan dgn perbagai kemudahan.kalau nak dibandingkan mereka dgn kita amatlah jauh berbada...saya berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana sebahagian penduduk mereka yg tinggal dirumah kos rendah..DAIF!! itu yang boleh saya katakan..rumah kos rendah kita boleh di kata selesa jugaklah kalau nak dibandingkan dengan mereka.saya amat kagum dengan kesungguhan mereka mengerjakan tanah gurun bertukar kepada kawasan pertanian...ditanahair tanah yg begitu subur tidak kerjakan,orang kita lebih byk merunggut itu dan ini,banyak cakap,kerja tak nak buat...lebih suka buat pendekatan tunggu dan lihat.bila ada bangsa sendiri gagal di ketawakan bukan nak dibantu...hentahlah!!!? apalah nak jadi dgn bangsa kita..

bilalah masanya kita boleh bersatu....bersatu banggunkan anak bangsa...bersatu majukan negara....bersatu mengangkat kemuliaan agama...kita harus kembali pada islam..renungkan kembali bagaimana bangsa ini jadi bangsa bermaruah...pengorbanan,susah payah mereka orang terdahulu harus dijadikan rujukan..bukan dgn berpolitik tak habis2...anak bangsa mati terlanjang pun tak tahu sebab sibuk dok politik je..."BANGGUNLAH BANGSA KU,BANGGUN DEMI GENERASI AKAN DATANG".

sekian

1 comment:

Unknown said...

teruskan memberi maklumat , saya sentiase melawat blog ini .

manelah tahu satu hari nanti kita boleh bekerjasama