Salam,
masalah kenaikkan harga petrol sudah lama dan sering diperkatakan oleh semua orang tidak kira dimana-mana,isu ini banyak menjadi topik berbualan hangat.banyak cadangan dan langkah sedang dan sudah di ambil oleh kerajaan untuk menampung keperitan rakyat...
di sini saya ingin cadangkan kepada kerajaan satu cara yang saya rasa mampu membantu semua pihak..LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI..ya benar!!! LHDN,INCOME-TAX...LHDN pada hemat saya merupakan agensi kerajaan yang dapat membantu menyelesaikan saluran subsidi ini..bagaimana......
setiap tahun kita bayar income-tax(i-tx),melalui borang-borang ini kerajaan tahu berapa pendapatan kita,berapa besar keluarga,kenderaan,harta!!! dan sebagainya..jadi LHDN akan boleh ketogerikan kita dalam satu-satu klaster dan selepas itu iyakan dimasukkan maklumat ini dalam Mykad kita untuk membolehkan kita mendapat subsidi petrol mengikut klaster kita.macam pakai kad bonuslink collect point tulah..tapi kita guna Mykad...contoh....
ahmad berpendapatan RM 18,000 setahun dan ali RM 30,000 setahun..dua-dua ada 2 orang anak bersekolah dan isteri tidak bekerja.jadi LHDN akan masukan ahmad dlm ketogeri "A" yg membolehkan dia dapat 70% dari keseluruhan subsidi negara dan ali dlm ketogeri "B" dia dapat 50% dari keseluruhan subsidi.lain bagi orang2 yg punya pendapatan 100/300/500 ribu setahun jadi mereka ini MUNGKIN tak dapat subsidi...ini hanyalah pandangan sayasecara kasar..saya tidak layak utk buat kira-kira ini..tapi saya yakin melalui ini kita dapat banyak faedah..
1)Meraka yang berpendapatan rendah akan lebih terjamin takdelah yg kaya makin kaya
2)satu kerugian pada mereka yg tidak membayar income tax.kerana mereka akan membayar harga petrol tinggi sama dengan orang yg tak dapat subsidi.
3)saya yakin pendapatan negara akan lebih tinggi dengan perlaksanaan ini.
4)Ini boleh di kembangkan kepada subsidi2 lain perlaksanaanya..
5)memaksimumkan pengunaan Mykad...
saya begitu sedih bila orang tidak sepatutnya dapat subsidi ini yg sebenarnya menikmatinya..orang yg ada kereta sampai 5-7 buah,rakyat negara asing yg berkunjung ke negara kita dan sebagainya...membuat ramai orang miskin makin susah..
sekian,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum.
Bermula tengah malam semalam 05/06/08, harga petrol telah meningkat sebanyak 40.63% daripada RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini. Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut. Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4
seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.
Sehubungan dengan itu, kerajaan juga telah mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan. Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.
Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah kos hidup yang meningkat secara mendadak tidak selari dengan pendapatan yang diterima. Rakyat juga pada masa yang sama prihatin dengan masalah peningkatan harga petrol ini yang mana ia merupakan masalah global. Rata-rata rakyat di Malaysia
menghargai tindakan kerajaan untuk memberi rebet kepada pengguna kenderaan bertujuan untuk mengurangkan beban harga petrol yang meningkat.
Saya merupakan salah seorang pemilik kenderaan berkapasiti enjin di bawah 2000cc yang menikmati rebet ini. Apa yang merisaukan saya adalah rebet tahunan sebanyak RM625 yang akan diberikan kerajaan ini sesungguhnya terlalu rendah. Rebet ini tidak dapat membantu pemilik kenderaan seperti
saya dan jutaan lagi pemilik kenderaan mambantu mengurangkan beban kewangan disebabkan kenaikan harga petrol.
Saya mempunyai sebab-sebab tertentu menyatakan perkara tersebut, berikut adalah pengiraannya:-
1) Berdasarkan harga petrol RM1.92 seliter & kenderaan berkapasiti 1500cc
Purata belian petrol = RM 10.00 sehari
Purata perjalanan = 100 km sehari
2) Selepas kenaikan harga petrol sebanyak 40.63% kepada RM2.70 seliter
Purata belian petrol = RM 14.00 sehari
Kenaikan harga sehari = RM 14.00 - RM 10.00 = RM 4.00 sehari
Kenaikan harga sebulan = RM 4.00 x 30 hari = RM 120.00 sebulan
Kenaikan harga setahun = RM 120.00 x 12 bln = RM 1440.00 setahun
Ini bermakna kos hidup/pengangkutan setahun untuk pemilik
kenderaan di Malaysia telah meningkat sebanyak RM 1440.00.
Manakala rebet yang diumumkan oleh kerajaan semalam
hanyalah sebanyak RM 625 setahun yang mana hanya boleh
menampung 43.4 % daripada jumlah kos tahunan yang meningkat
tersebut. Ini sudah tentu tidak dapat memenuhi objektif
pemberian rebet tersebut.
Saya mencadangkan agar kerajaan memikirkan semula jumlah bayaran rebet yang akan diberikan itu. Janganlah bantuan rebet ini diibaratkan seperti melepas batuk di tangga. Jika benar kerajaan ikhlas untuk membantu rakyat, biarlah ia betul-betul mencapai objektif tersebut. Apalah gunanya rebet diberikan jika ia tidak dapat mengurangkan beban rakyat yang memang sudah lama tertekan dengan krisis kenaikan harga ini. Jika kerajaan tidak mampu untuk membantu menampung keseluruhan kos kenaikan harga ini, alangkah baiknya jika kerajaan membantu menampung sebanyak 60 % ke 80 %, iaitu pemberian rebet dinaikkan daripada RM 625 setahun kepada RM 865 ke RM 1150 setahun.
Sekian.
ZABDI AKBAR BIN ZAHANI
RAKYAT PRIHATIN MEWAKILI
PEMILIK KENDERAAN DI MALAYSIA
Post a Comment