Monday, July 14, 2008

SUDAN-hari 1 & 2...

salam saudara/i
hari pertama agak memenatkan,masih cuba menyasuaikan diri dengan kepanasan yg agak melampau di sini...saya serta rakan-rakan usahawan lain sudah diatur dengan perbagai mesyuarat dan perjumpaan...mesyuarat pertama deligasi malaysia dengan "ministry of guidence and awgaf.perbincangan dengan tuan mohieldeen ali m.abdalla (director general)lebih kepada merapatkan kerjasama antara kami dan mereka.kementerian ini samalah lebih kurang pusat zakat kita.tapi mereka ini banyak dipertanggunjawabkan untuk membangunkan tanah-tanah milik kerajaan untuk rakyat mereka..dari maklumat yg diberikan oleh beliau mereka ini perlukan sangat kepakaran dari kita.memandangkan kita dari negara islam jadi mereka lebih selesa berkerja dengan kita.

suka juga saya maklumkan kepada rakan-rakan mereka sememangnya menantikan rombongan dari malaysia sama ada usahawan atau golongan profesional...begitu banyak maklumat tentang sudan diterangkan oleh tuan mohieldeen..mereka ini merupakan sebuah negara yang sedang berkembang dan banyak sekali peluang terbuka luas untuk usahawan kita..tak kira apa bidang pun automotif,construction,services,aducation dll.

sejurus sesi penerangan selesai mereka bawa kami ke beberapa tapak cadangan pembangunan..saya akan kongsi gambar dari lawatan ini sekembalinya saya ke malaysia..ada masalah sikit nak download...antara cadangan pembangunan mereka adalah hotel dan bangunan komesial.lawatan tapak ini membawa ke hujung petang.

sebelah malamnya kami dijamu dengan "KAMBING GOLEK" peh!!!sedap gila...makan sampai muntahlah...

HARI KEDUA..

mesyuarat dengan 'NATIONAL OF HOUSING CORPORATION" syarikat milik penuh kerajaan.mereka ini dalam rangka membangunkan 10,000 unit rumah kos rendah dan sederhana untuk angota tentera dan polis dengan mengunakan pendekatan sewabeli.unit-unit ini akan dibina disekitar khartoum...mereka buka peluang kepada kami untuk turut serta dalam projek ini.. bak kata perpatah melayu rezeki jangan tolak..dengan pantas MOU di draf dan dijanka esok akan ditandatangani..satu lawatan yang dikira baik untuk usahawan kita..satu petang rakan engineer,akitek dan q.s kita berbincang dengan team mereka...doa-doalah projek ini jalan..

sebelah malam kita di raikan oleh ministry of defense..wah meriah betul..sunguh2 mereka jamu kami..sempat jugalah kita godek info projek yang mereka ada..memang banyak peluang yg mereka ada..contoh automotif..kereta disini kalau kemek ke lampu tercabut ke excident ke rosak ke..boleh dikatakan hampir tidak ada tempat nak repair...institusi kemahiran pun takada..byk pengangguran kat sini..ramai budak2 diorang jual barang tepi jalan macam kat indon tu..bila kerata berhenti je diorang menjual dari kereta ke kereta...

kita ini sebenarnya patut bersyukur yang amat sangat.kerana adanya dasar kerajaan membantu bumiputra...kalau tuan2 dapat lihat apa yang saya lihat kat sini pasti anda semua akan rasa syukur yg amat sangat...

saya akan cuba terus berikan maklumat untuk rakan2 jika rakan2 ada soalan utk saya...silakan...saya akan cuba jawab..atau ada sebarang kemuskilan...

sekian

1 comment:

NieZearm said...

http://niezearm.blogspot.com/2008/07/kereta-sape-ni.html